FAQ

Soal Jawab Mengenai Vaksin :

1. Apakah Vaksin yang diiktiraf oleh Kerajaan Saudi?

Semua vaksin diiktiraf, namun penerima vaksin selain dari Vaksin PFIZER, & ASTRAZENECA perlu mendapatkan suntikan booster.

2. Bagaimana untuk mendapatkan suntikan booster?

Suntikan booster boleh diperolehi dengan cara memohon melalui aplikasi My Sejahtera atau hadir ke Pusat Vaksinasi dengan membawa Surat Pengesahan Umrah yang dikeluarkan oleh syarikat EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd.

3. Berapa jangka masa yang diperlukan untuk menerima suntikan booster dari suntikan yang ke-2?

Jangkaan masa yang di syaratkan ialah 3 bulan selepas dari suntikan ke-2.

4. Adakah perlu untuk para Jemaah mengambil suntikan Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)?

YA, masih perlu untuk perlindungan diri jemaah.

5. Bila perlu melakukan PCR test untuk tujuan pergi ke Umrah?

Jemaah perlu melakukan PCR test sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penerbangan. Keputusan PCR test Wajib negatif.

6. Bagaimana proses PCR test di Arab Saudi?

Sebelum kembali ke Malaysia, semua jemaah diwajibkan melakukan PCR test di Arab Saudi. Pihak kesihatan Arab Saudi akan menguruskan pelaksanaan PCR test ini dan kos dibiayai oleh pihak Syarikat.

7. Apa terjadi sekiranya keputusan PCR test di Arab Saudi positif?

Sekiranya keputusan PCR positif, jemaah akan menjalani kuarantin di lokasi yang ditetapkan selama 14 hari dengan ke semua kos ditanggung oleh pihak insuranTerhad kepada jemaah yang positif tersebut sahaja.

8. Berapa tempoh kuarantin diperlukan selepas pulang ke Malaysia?

Semasa tiba di Malaysia, semua jemaah akan melakukan PCR test di Lapangan Terbang dan dipakaikan gelang pink. Jemaah akan melakukan kuarantin kendiri selama 7 hari di rumah masing-masing.

Let's Find You Together The Place You Deserve

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis.